Penunggang motosikal hilang jatuh jambatan ditemui lemas

Lokasi mangsa ditemukan pada petang Rabu. Foto BBP Iskandar Puteri
Lokasi mangsa ditemukan pada petang Rabu. Foto BBP Iskandar Puteri
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Usaha pencarian seorang penunggang motosikal yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh di Jambatan Second Link menghala ke Singapura pada awal pagi Rabu berakhir apabila mayat mangsa ditemukan sekitar jam 2.22 petang Rabu.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Tinggi II Ahmad Mazlan Mohd Noor, mangsa ditemukan oleh nelayan yang turut bersama mencarinya.

“Mangsa ditemukan tersangkut di persisiran kawasan hutan paya bakau kira-kira 400 meter dari jambatan menghala ke Forest City.

“Mangsa kemudian dibawa ke jeti Jabatan Laut untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, seorang penunggang motosikal dilaporkan hilang setelah dipercayai terjatuh di Jambatan Second Link menghala ke Singapura pada awal pagi Rabu.

Mangsa dinaikkan oleh seorang anggota PPDA. Foto BBP Iskandar Puteri
Mangsa dinaikkan oleh seorang anggota PPDA. Foto BBP Iskandar Puteri

Susulan itu, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri dihantar ke lokasi.

Usaha pencarian turut disertai pasukan penyelam dan penyelamat di air (PPDA) dari BBP Skudai dengan dibantu dua unit bot penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) bagi memastikan keselamatan penyelam di air apabila selaman dilakukan dalam radius 60 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Artikel Berkaitan:

Radius pencarian mangsa kemudiannya diperluaskan kepada 200 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!