X

Kindly register in order to view this article
!

APMM Perak rampas 33 bubu naga

Sebanyak 33 bubu naga dirampas oleh APMM Perak bersama ikan bernilai RM2,500.
A
A

LUMUT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 33 unit bubu naga yang dilarang penggunaannya di perairan Pulau Talang di sini semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, rampasan termasuk hasil tangkapan dianggarkan berjumlah RM2,500 dilakukan anggotanya ketika melakukan rondaan.

Menurutnya, dua bot nelayan tempatan diusahakan enam warga Myannmar turut ditahan di muara Sungai Beruas.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, kesemua tekong dan awak-awak berusia 22 hingga 38 tahun itu didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kesemua bot dan bubu naga tersebut telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Kampung Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah not nelayan tempatan ditahan selepas didapati menyalahi Akta Perikanan 1985.
Sebuah not nelayan tempatan ditahan selepas didapati menyalahi Akta Perikanan 1985.

Katanya, pihaknya serius menangani kegiatan salah laku dan jenayah laut dengan menjalankan rondaan ‘preventative SAR’.

Orang ramai diminta melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri di talian 05-6848737.