Malaysia Airport nasihatkan penumpang guna topeng muka

Malaysia Airports juga mewujudkan laluan dan tempat khas bagi tujuan kuarantin kepada penumpang yang menunjukkan simptom koronavirus. Gambar hiasan.
Malaysia Airports juga mewujudkan laluan dan tempat khas bagi tujuan kuarantin kepada penumpang yang menunjukkan simptom koronavirus. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia Airports menasihatkan orang ramai mengambil tanggungjawab dengan sentiasa memakai topeng muka dan membasuh tangan sepanjang perjalanan bagi mengurangkan risiko koronavirus merebak.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Malaysia Airports juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memeriksa semua penumpang antarabangsa yang masuk ke negara ini bagi mencegah penularan koronavirus.

Menurut Malaysia Airports, langkah-langkah pencegahan awal sudah diambil semua operator lapangan terbang, pengendali kapal terbang dan agensi berkaitan.

"Kami memberi jaminan kepada semua bahawa pihak kami mengambil perhatian serius terhadap wabak ini dan tidak akan sesekali berkompromi dengan kesihatan penumpang.

"Salah satu tindakan yang telah dilaksanakan KKM di lapangan terbang adalah melakukan pemeriksaan termal terhadap penumpang dan anak kapal dari China," kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, Malaysia Airports juga mewujudkan tempat khas bagi tujuan kuarantin kepada penumpang yang menunjukkan simptom koronavirus.

"Pintu masuk penerbangan dari China akan melalui laluan khas yang dekat dengan kawasan kesihatan bagi mengurangkan kemungkinan virus ini merebak," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: