Petaling BC tetap waspada

Iskandar Zulkarnain antara pemain yang menjadi sandaran utama Petaling BC dalam saingan SS Purple League musim ini.
Iskandar Zulkarnain antara pemain yang menjadi sandaran utama Petaling BC dalam saingan SS Purple League musim ini.
A
A
A

KELAB Badminton Ampang Jaya dan juara bertahan, Puchong United BC menempah tiket awal ke pusingan akhir di Arena of Stars, Genting Highlands pada 24 hingga 27 Januari ini selepas selesai saingan pusingan pertama SS Purple League (SSPL) 2018/19 pada Ahad lalu.

Bagaimanapun enam lagi pasukan dalam kejohanan yang melibatkan liga sepusingan (round robin) itu, masih berpeluang memburu empat slot ke pusingan akhir melalui saingan pusingan kedua yang berlangsung selama tiga hari bermula esok di Gem In Mall, Cyberjaya.

Menurut penganjur SSPL dalam kenyataan hari ini, enam pasukan yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Bandar Maharani BC, Serdang BC dan Petaling BC dalam Kumpulan A.

Kumpulan B pula terdiri daripada Kepong BC, Tebrau City BC dan Bukit Mertajam All Stars BC.

Kutipan set kemenangan dalam pusingan kedua itu akan ditambah kepada jumlah set kemenangan yang diraih semasa pusingan pertama.

Bagi Petaling BC, walaupun membawa bekalan 80 set kemenangan tetap yakin peluang untuk pasukan itu untuk mara ke pusingan akhir SSPL 2018/19.

"Melihat kepada undian, kami adalah pasukan pilihan dalam kumpulan A untuk mara ke peringkat seterusnya. Namun kita kena ingat, tidak boleh terlalu yakin dengan situasi ini.

"Saya mungkin akan menggunakan peluang di peringkat kedua untuk memberikan peluang kepada pemain baharu untuk turun beraksi. Bermain di peringkat kedua juga sebenarnya adalah satu peluang untuk saya menurunkan pemain yang tidak pernah diturunkan sebagai persiapan untuk menghadapi peringkat akhir SSPL di Genting Highlands nanti,” kata ketua jurulatihnya, Ismail Saman. - Bernama

Artikel Berkaitan: