X

Kindly register in order to view this article
!

'Baru perasan 'kakak' baju putih rambut panjang tu... '

Paparan Facebook Ijoy Salute Bendang mencuri perhatian netizen.
A
A

BATU GAJAH - Populariti Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak semakin memuncak dalam kalangan pengemar atau pelancong kerana keunikannya selain dikatakan penuh misteri.

Walaupun menyeramkan dan dikaitkan dengan kisah mistik, lokasi itu mampu menarik minat pelancong untuk terus meneroka apa yang ada dalam rumah agam separuh siap ditinggalkan lebih 100 tahun itu.

Kellie's Castle juga sering menjadi tumpuan jurugambar perkahwinan bagi merakam gambar pasangan pengantin.

Terbaru, tular di laman sosial, seorang jurugambar perkahwinan dikenali Ijoy Salute Bendang memuat naik pengalaman 'merakam' hantu atau entiti paranormal secara tidak sengaja di kawasan tersebut.

Katanya, dia baru sahaja mahu menyunting gambar perkahwinan namun tidak menyangka terdapat entiti paranormal di dalam foto tersebut.

"Baru nak edit-edit... baru rasa nak jadi sikit, baru perasan yang kakak baju putih rambut panjang tu buat apa pulak kat situ, dah tak jadi nak edit... haih laa... kali kedua kena...," katanya memuat naik status itu di Facebook miliknya.

Pada awalnya, dia tidak perasan entiti tersebut namun ketika 'zoom' foto tersebut, ternyata ada kelibat entiti dibelakang pasangan pengantin tersebut.

"Kami edit awan dan gelapkan gambar ja. Bila nak 'brush' gambar, kena zoom, baru terperasan, 'crop and save', tak sempat nak habiskan suntingan," katanya.

Tangkap layar Ijoy Salute Bendang ketika netizen bertanyakan gambar itu benar atau tidak.
Tangkap layar Ijoy Salute Bendang ketika netizen bertanyakan gambar itu benar atau tidak.

Sama ada benar atau tidak fakta berkenaan, tidak dapat dipastikan kesahihannya namun rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka pernah bertemu entiti di lokasi tersebut.

Nursuhada Azmin menceritakan pengalaman, "Ketika saya pergi hari tu pun seram sejuk je masuk bilik, bau pun wangi semerbak." katanya.

Kata Firdz Seven Skylinez pula, "Tempat dia tu... ramai jurugambar jumpa bila bergambar Kat situ, tu kira ok lagi, ada yang muncul tanpa segan silu, apa pun banyakkan minta perlindungan dari ALLAH."

"Dia punya perati tu lain macam, banyak dah tangkap gambar kat Kellie's Castle 'depa' tumpang sekaki. Memang tak disangkal, tempat itu pun memang 'keras'," kata Nadia yang turut berkongsi kisahnya tersendiri.