Pekan dah jumpa: Rita mahu polis terus siasat

A
A

PELAKON, Rita Rudaini memberitahu kucing peliharaan kesayangannya telah dijumpai, sekitar jam 2.50 pagi, Khamis.

Menurut Rita, ketika dia dimaklumkan oleh pihak polis Semenyih, kucingnya yang bernama Pekan didapati berada dalam keadaan tidak bermaya.

"Saya rasa sangat gembira bila dihubungi dan diberitahu berita gembira ini. Pekan dalam keadaan yang letih dan murung serta kurus.

"Saya juga nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada seorang hamba ALLAH ini. ALLAH telah hantarkan dia pada saat saya bersedih dan memerlukan pertolongan.

"Banyak info mengenai PEKAN yang dia bongkarkan, mulia sungguh hati dia, sejuk perut ibu dia dapat anak berhati mulia," katanya di Instagram miliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya akan heret orang tu: Rita Rudaini cari keadilan]

Pun begitu, Rita tetap dengan pendirian tegasnya yang mahu menegakkan keadilan.

"Kes ini akan saya bawa ke peringkat seterusnya. Walaupun telah dijumpai tapi banyak keraguan yang saya masih belum puas hati kerana cara Pekan hilang dan cara dijumpai semula sangat meragukan.

"Saya mahu pihak polis teruskan menyiasat kes tersebut dan ambil tindakan sewajarnya. Siasat sampai ke lubang cacing sampai terungkai segala kebenaran.

"Kerana banyak info 'benar sebenarnya' yang saya dah pegang daripada hamba ALLAH yang berhati mulia ini," katanya lagi.

Aktres kelahiran Kangar ini juga turut berterima kasih kepada orang ramai dan pihak media yang telah membantu dalam misi pencarian Pekan.

"Terima kasih pencinta kucing yang tak berhenti berdoa untuk Pekan dan tak henti DM saya.

"Terima kasih kawan-kawan rapat yang bersama-sama dengan saya dalam misi Pekan dan terima kasih kepada media yang menyiarkan kisah Pekan, Alhamdulillah," akhirinya.