X

Kindly register in order to view this article
!

Beli kereta rasmi Mercedes untuk keselamatan: Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
A
A

KOTA BHARU - Pembelian kenderaan rasmi yang baru untuk pemimpin kerajaan Kelantan adalah bagi tujuan keselamatan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, bukan perkara yang boleh dijadikan isu sekiranya kepimpinan kerajaan Kelantan menggunakan kereta jenis Mercedes memandangkan ia sudah digunakan sejak zaman Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

"Kita (exco) guna kereta jenis Mercedes ini sejak zaman dulu lagi. Masa Tok Guru (Nik Aziz) ada lagi. Masa itu kita guna E230. Atas faktor-faktor keselamatan, kita perlu tukar daripada yang lama kepada yang baru. Itu sahaja.

"Lagipun model yang Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob guna tidak sama seperti model exco-exco lain. Kita tidak membazir. Kita beli dengan harga diskaun. Ini bukan untuk bermegah tapi ia melibatkan faktor keselamatan," katanya kepada media di sini hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menukar kenderaan rasmi tersebut dan mendakwa penjelasan yang diberikan kerajaan mengenai isu tersebut tidak telus.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Mercedes, rakyat persoal Exco Kelantan dapat RM50,000

Menurut Husam, beliau sebagai salah seorang bekas exco tidak membeli kenderaan rasminya dulu walaupun sudah tidak berkhidmat dengan kerajaan kerana mahu menjimatkan wang kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, semasa Husam masih menjadi exco, pembelian kenderaan baru juga berlaku tetapi tidak pula menjadi isu.