X

Kindly register in order to view this article
!

'Saya dah berusaha, menitik juga air mata' - Sharnaaz

Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila
A
A

KALAU saya berkahwin untuk bercerai, saya tak akan kahwin, itu penjelasan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila didakwa sengaja melengahkan urusan penceraiannya dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor.

Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, usia perkahwinan mereka baru menjangkau dua tahun dan mengibaratkan perkahwinan itu sebuah 'pinggan yang bersih'.

"Perkahwinan ini ibarat pinggan, pinggan yang bersih untuk dicorakkan. Bila jadi sebegini, pinggan itu dah retak, tolak saya, tarik sini, ia menyebabkan retak saya sini, tapi saya masih pegang lagi.

"Tapi kalau dah pecah, saya tak akan letak gam untuk cantumkan ia semula, sebab ia dah tak akan sama.

"Jadi selagi mampu untuk pertahankan, saya akan pertahankan. Bila saya jabat tangan sewaktu proses akad nikah, ia bukan satu proses suka-suka. Ia tanggungjawab yang besar.

"Malah saya ingat setiap lafaz taklik yang dibacakan dan rasa sebak itu. Ini bukan soal saya nak seksa atau sengaja nak melengahkan proses penceraian, tapi selagi boleh pertahankan, saya akan pertahankan," ujarnya.

Jelas Sharnaaz lagi, bermula dengan persengketaan mereka sejak Januari 2019, dia sudah pasrah menerima apa sahaja yang datang daripada Nabila.

Bahkan anak kelahiran Pulau Pinang itu juga memberitahu, kedua-dua belah pihak juga ada berusaha untuk memperbaiki masalah dan menyelamatkan rumah tangga mereka.

Namun dia terkejut apabila menerima khabar Nabila memfailkan penceraian pada Ogos tahun lalu.

"Kalau saya tak berusaha, tak adalah kami kembali dan menyambut raya bersama pada Jun tahun lalu. Alih-alih pada bulan Ogos, iaitu pada hari kelahiran saya dan Jebat, saya menerima surat permohonan cerai dari Nabila.

"Ketika itu menitik juga air mata dan apa yang saya fikirkan hanyalah anak, Jebat Jayden Ahmad," ujarnya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Kuala Lumpur semalam.

Hasil perkahwinan itu, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad, 2 tahun.
Hasil perkahwinan itu, Sharnaaz dan Nabila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad, 2 tahun.

Tambah Sharnaaz, 35, dia selama ini memilih untuk tidak bercerita tentang hal rumah tangga kerana anaknya itu.

"Tak payah tunggu lama, budak zaman sekarang, enam atau tujuh tahun mereka dah pandai main telefon bimbit. Kalau saya cakap perkara buruk, buka aib Nabila, impaknya adalah pada Jebat.

"Apa nanti Jebat fikir pasal ibu dan bapanya. Bagi saya bila kita berkahwin, pada ibu bapa pun kita tak patut cerita mengenai masalah dalam rumah tangga.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, walau orang nampak saya baran, sehingga kini saya tak pernah naik tangan atau tinggi suara pada Nabila," ujarnya.

Terdahulu, ketika sesi prosiding Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu yang menyaksikan wakil dalam proses timbang tara (hakam) yang dilantik kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata persepakatan.

Justeru Hakim telah menetapkan 27 Februari 2020 untuk melantik hakam yang baru yang mempunyai kuasa untuk melafazkan cerai bagi pihak suami.

Sharnaaz dan Nabila bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad, 2 tahun.