Polis bantuan maut terlanggar kereta keluar simpang

Kemalangan yang meragut nyawa seorang pokis bantuan di Jalan Pulau Sebang, di sini, lewat petang semalam. Gambar kecil: Nasharudin maut, selepas mengalami pendarahan teruk dikepala.
Kemalangan yang meragut nyawa seorang pokis bantuan di Jalan Pulau Sebang, di sini, lewat petang semalam. Gambar kecil: Nasharudin maut, selepas mengalami pendarahan teruk dikepala.
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang polis bantuan maut selepas tercampak hingga terkena papan tanda di bahu jalan sejurus kemalangan membabitkan dengan sebuah kereta di Jalan Pulau Sebang, di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, mangsa yang bekerja di sebuah pusat peranginan di sini, menunggang motosikal Modenas Pulsar dalam perjalanan dari arah Tampin, Negeri Sembilan menghala ke Alor Gajah.

Ketua Polis daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Honda CRV yang dipandu lelaki berusia 58 tahun secara tiba-tiba keluar dari simpang jalan.

Menurutnya, mangsa gagal mengelak dan melanggar bahagian hadapan sebelah kiri kenderaan itu sebelum tercampak dan terkena papan tanda di bahu jalan.

Motosikal Modenas Pulsar yang ditunggang mangsa sebelum terbabit kemalangan.
Motosikal Modenas Pulsar yang ditunggang mangsa sebelum terbabit kemalangan.

"Mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan telah meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke bahagian forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.

"Manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan individu itu didapati cuai keluar simpang," katanya.

Tambahnya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Artikel Berkaitan: