Kerajaan pandang serius kes pemandu mabuk

Kementerian Pengangkutan sedia mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan minggu depan.
Kementerian Pengangkutan sedia mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan minggu depan.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kementerian Pengangkutan memandang serius kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan minggu depan.

"Kajian semula undang-undang berkenaan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengangkutan nanti.

"Bagi kes ini kementerian menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan yakin pihak bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya menerusi kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebooknya lewat malam tadi.

Dalam pada itu, Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda di Klang pagi semalam.

Terdahulu, mangsa yang merupakan salah seorang daripada penunggang motosikal dirempuh kenderaan jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki maut dalam kejadian di Jalan Kebun dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat KESAS.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, Muhammad Zulfakkar yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila Ford Ranger dipandu penjual ikan berusia 37 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan dua buah motosikal termasuk yang ditunggang mangsa.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan itu juga menyebabkan dua lagi mangsa berusia 27 tahun yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 mengalami kecederaan parah.

ARTIKEL BERKAITAN Penunggang motosikal maut dirempuh Ford Ranger