[VIDEO] Pegangan saham MAHB oleh GIP tidak pernah dirujuk Kabinet - PM

A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu melibatkan perkembangan pegangan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) oleh Global Infrastructure Partners (GIP) tidak pernah dirujuk kepada Kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu hanya dimaklumkan kepada Kabinet selepas keputusan tersebut dibuat.

Menurut beliau, amalan itu bukan perkara baharu malah ia proses sama yang turut dilakukan semasa pentadbiran kerajaan terdahulu melibatkan pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Anwar ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Bernama
Anwar ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Bernama

“Saya lihat juga minit mesyuarat Kabinet (pentadbiran) sebelumnya, keputusan pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Bhd (PNB) ataupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dirujuk Kabinet, termasuk semasa rakan-rakan blok sebelah sana (pembangkang) menjadi anggota Jemaah Menteri.

“Tetapi dalam kes ini (pegangan saham MAHB oleh GIP) saya ada maklumkan kepada Kabinet ini yang berlaku, itu (hanya) sebagai makluman saja.

“Kalau ada ahli Kabinet bangkitkan (mereka tidak tahu mengenai pelaburan) itu betul. Saya maklumkan setelah keputusan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!