[VIDEO] MAHB tidak dijual kepada syarikat asing - PM

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan menegaskan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak dijual kepada syarikat asing seperti naratif yang dicanang ketika ini oleh segelintir pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penstrukturan semula MAHB itu sebaliknya akan meningkatkan pemilikan saham Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam konsortium berkenaan daripada 41 peratus kepada 70 peratus.

“Sekarang ini berbangkit soal konsortium MAHB yang dimiliki sekitar 41 peratus oleh Khazanah dan KWSP mengizinkan syarikat asing khususnya Global Infrastructure Partners (GIP) dan Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) untuk memiliki secara bersama (saham sebanyak) 30 peratus.

 Anwar
Anwar

“Kita nak jelaskan, perubahan ini akan (menjadikan) pemilikan saham Khazanah dan KWSP meningkat daripada 41 peratus kepada 70 peratus. Ini berbeza dengan naratif di luar, naratif luar seolah-olah (berlaku) penjualan. Tidak ada penjualan MAHB kepada syarikat asing.

“Selama ini syarikat asing memiliki sekitar 27 peratus (saham) dan inilah yang diambil alih oleh ADIA dan GIP. Itu saya nak jelaskan faktanya. Apakah ada penjualan melibatkan lapangan terbang? Tidak,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sidang Dewan Rakyat di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai keputusan konsortium syarikat pelaburan berkaitan kerajaan terhadap penjualan saham MAHB kepada GIP.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, perubahan yang dilakukan tersebut juga hanya melibatkan pengurusan MAHB.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, MAHB merupakan syarikat yang menguruskan lapangan terbang di negara ini.

“Adakah ada penjualan melibatkan lapangan terbang? Tidak. Ini hanya melibatkan pengurusan. Lapangan terbang kekal milik kerajaan Malaysia.

“Ini sama seperti MAHB diberi izin oleh kerajaan Turkiye menguruskan Istanbul Sabiha Gokcen International Airport. Kita diberi hak mengurus tapi milik kekal kerajaan Turkiye.

“Jadi berbeza kita menjual hak Malaysia kepada Zionis Israel. Kritikan (sebegini) baik tetapi biarlah berdasarkan fakta," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!