MPK larang guna penyedut minuman plastik mulai 1 Ogos

Kegagalan peniaga mematuhi arahan itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka. Gambar hiasan
Kegagalan peniaga mematuhi arahan itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka. Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Yang Dipertua MPK, Affendi Rajini Kanth berkata, sebagai alternatif, peniaga ataupun pemilik premis itu boleh menggunakan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahan jenis biodegradasi.

Beliau berkata, kegagalan peniaga mematuhi arahan itu boleh menyebabkan tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka.

"Sekiranya gagal mematuhi arahan Majlis (di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976) boleh dikenakan kompaun maksimum RM500 atau boleh didenda oleh mahkamah jika disabitkan kesalahan iaitu tidak melebihi RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!