Speaker sahkan terima notis kosong 6 kerusi ahli Parlimen Bersatu

Johari ketika ditemui media di Bangunan Parlimen pada Isnin.
Johari ketika ditemui media di Bangunan Parlimen pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis meminta enam kerusi Parlimen wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikosongkan pada Jumaat lalu.

Beliau memaklumkan, notis yang diterima daripada Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee itu akan diteliti mengikut undang-undang sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya baru dapat surat pada Jumaat lepas daripada Beluran (Ronald). Mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji.

“Insya-ALLAH selepas saya mendapat jawapan, saya akan maklumkan keputusan. Jadi bersabar,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Pameran Seni Sempena Ulang Tahun ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia-Romania di Bangunan Parlimen pada Isnin.

Minggu lalu notis pemakluman kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan membabitkan enam ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.

Ronald yang Naib Presiden Bersatu berkata, notis membabitkan kekosongan kerusi Parlimen Jeli, Gua Musang, Bukit Gantang, Kuala Kangsar, Tanjong Karang dan Labuan itu juga telah ditandatangan olehnya selaku Ketua Whip parti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!