'Perjumpaan Hadi, PM ubah landskap politik hanya tafsiran umum'

No Image Caption
A
A
A

KUALA NERUS - Pertemuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menimbulkan spekulasi kononnya bakal mengubah landskap politik negara hanya tafsiran umum.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dr Mahathir bebas berjumpa sesiapa sahaja malah pertemuan itu juga hanya pertemuan biasa.

"(Perubahan landskap politik negara) itu tafsiran umum. Setakat yang PM (Perdana Menteri) beritahu ia begitu (perjumpaan biasa).

"PM Mahathir kata dia boleh jumpa sesiapa, dia jumpa saya kerap lagi,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa mengenai Sosial Islam 2020 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Anwar (tiga kiri) menyaksikan perjanjian persefahaman antara UniSZA dan IIIT.
Anwar (tiga kiri) menyaksikan perjanjian persefahaman antara UniSZA dan IIIT.

Ketika ditanya sama ada beliau turut mempunyai rancangan untuk berjumpa dengan Abdul Hadi, beliau berkata, tiada masalah untuknya berjumpa dengan sesiapa.

“Saya tiada masalah untuk jumpa sesiapa. Saya tidak ambil permusuhan peribadi dengan sesiapa,” katanya.

Baru-baru ini, tular gambar menunjukkan Dr Mahathir menerima kunjungan Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. - Bernama

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin UMNO tidak tahu Hadi jumpa Tun M

Pertemuan dengan PM bukan perkara luar biasa: Abdul Hadi

PM sahkan ada bertemu pemimpin pembangkang