'Keluar sarang', Spider masih berbisa depan 2,400 peminat

Rata-rata yang hadir pada malam itu berpuas hati dengan pemilihan lagu dan persembahan bertenaga yang diberikan oleh kumpulan Spider. - Foto: IFIX Entertainment
Rata-rata yang hadir pada malam itu berpuas hati dengan pemilihan lagu dan persembahan bertenaga yang diberikan oleh kumpulan Spider. - Foto: IFIX Entertainment
A
A
A

PENANGAN lagu-lagu kumpulan pop rock tanah air, Spider tidak boleh disangkal lagi apabila berjaya memukau 2,400 peminat di Konsert ‘Keluar Sarang’ 2024 anjuran IFIX Entertainment pada Sabtu lalu.

Konsert solo pertama itu dibarisi 20 buah lagu yang menjadi siulan peminat daripada pelbagai generasi, malah tidak dinafikan masih digilai ramai meskipun hampir 30 tahun bertapak dalam industri seni.

Vokalis Spider, Tam atau Rustam Mustafah berkata, dia bersyukur apabila sambutan yang diterima diluar jangkaan selain mengakui suasana paling ‘kecoh’ semasa konsert tersebut berlangsung antara momen terindah dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, konsert sulung yang kami idam-idamkan selama ini akhirnya jadi kenyataan kerana sudah lama tak beraksi di atas pentas berskala besar.

Tam mengakui kehadiran penonton pada malam itu memberi tenaga tambahan padanya. - Foto: IFIX Entertainment
Tam mengakui kehadiran penonton pada malam itu memberi tenaga tambahan padanya. - Foto: IFIX Entertainment



“Apabila melihat semangat yang ditunjukkan oleh peminat, ia sedikit sebanyak beri tenaga kepada kami, jadi saya nyanyi sahaja walaupun risau stamina pancit.

“Dari segi susunan muzik, kita bawakan pemain saksofon yang memang konsep awalnya ada itu semua, tetapi jarang digunakan. Kali ini memang kita guna semuanya,” katanya ketika sidang media selepas konsert di Zepp Kuala Lumpur.

Antara lagu terbaik dan malar segar yang dibawakan selama dua jam adalah Aladin, Kasih Latifah, Cinta Dewa Dewi, Laukku Cukup Masin, Nazraku Telinga Ke Tulang, Mabuk, Relaku Pujuk serta lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan:

Spider berhasrat untuk mengadakan konsert lagi selepas ini. - Foto: IFIX Entertainment
Spider berhasrat untuk mengadakan konsert lagi selepas ini. - Foto: IFIX Entertainment

Kumpulan yang berasal dari Johor Bahru itu dianggotai Tam (penyanyi utama), Pown (gitaris), Eiz ;bass) dan Aie (pemain dram).

Pelantun berusia 51 tahun terbabit memaklumkan, pihaknya kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert seterusnya, namun tidak menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai butiran terbabit.

Tambahnya, penganjuran konsert memakan masa agak lama dan setiap perkara perlu diperhalusi serta tidak dicampur-aduk dalam satu masa.

“Jika ada rezeki nak buat konsert ulang tahun atau lain-lain, mungkin daripada situ kita buat ‘tribute’ kepada mereka yang pernah bersama-sama Spider.

“Sekarang ini, kami tampilkan single terbaharu berjudul Keluar Sarang dalam bentuk cakera ‘vinyl’, namun ia amat terhad. Alasannya kerana saya ramai kawan pengumpul barang sebegini.

“Apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada peminat dan penganjur yang merealisasikan konsert ini,” ujar pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) 2004 itu lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!