Air terawat tidak dikenakan SST

Perkhidmatan air terawat dikecualikan daripada cukai SST.
Perkhidmatan air terawat dikecualikan daripada cukai SST.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Perkhidmatan air terawat dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan bermula 1 Mac ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bagi bil elektrik pula cukai hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt sejam (kWj).

Secara keseluruhan katanya, hampir 85 peratus pengguna elektrik di negara ini berada di bawah ambang tersebut dan tidak terkesan dengan sistem percukaian yang ditambah baik itu.

Amir Hamzah
Amir Hamzah

“Kenaikan kadar cukai perkhidmatan daripada enam ke lapan peratus mulai 1 Mac ini menumpukan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti perniagaan.

“Ini bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kadar cukai kepenggunaan yang lebih tinggi khususnya dalam perkhidmatan keperluan penting seperti makanan dan minuman, telekomunikasi serta logistik.

“Bagi menjayakan transformasi ekonomi, kerajaan mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.

“Meskipun adanya keperluan untuk mengembangkan hasil negara, kerajaan perlu menimbangkan ini dengan mengambil kira keperluan melindungi rakyat daripada beban berlebihan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan elektrik hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt sejam (kWj).
Cukai perkhidmatan bagi perkhidmatan elektrik hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih daripada 600 kilowatt sejam (kWj).

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika persidangan Dewan Rakyat pada Selasa menggesa kerajaan mengecualikan kenaikan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus bagi elektrik dan air.

Menurutnya, kenaikan yang dijangka bermula Mac itu dibimbangi akan memberi impak negatif terutamanya kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, kenaikan cukai beberapa barangan dan perkhidmatan tersenarai dalam sistem percukaian ditambah baik itu dijangka tidak menyebabkan kenaikan mendadak kepada harga perkhidmatan sekali gus tidak akan membawa kejutan kepada ekonomi.

“Ini kerana kenaikan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan ini melibatkan beberapa perkhidmatan bercukai sahaja,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 Oktober tahun lalu memaklumkan kerajaan bercadang menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Bil air, elektrik dikecualikan kenaikan SST #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Bil #Air #Elektrik #Cukai #SST #Menteri #Kewangan #Ekonomi #Perkhidmatan

original sound - SpongeBob background music