X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga maut pesawat pemadam kebakaran terhempas di Australia

Amaran kecemasan kini dikeluarkan susulan kebakaran belukar yang semakin merebak berhampiran Lapangan Terbang Canberra hari ini. - Foto Agensi
A
A

SYDNEY - Sekurang-kurangnya tiga maut selepas sebuah pesawat pemadam kebakaran terhempas ketika menyertai operasi 'water bombing' di kawasan pergunungan berhampiran Sydney hari ini.

Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba, Shane Fitzsimmons mengesahkan nahas itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari (waktu tempatan) dan melibatkan pesawat C-130.

"Dukacita dimaklumkan kesemua mangsa terkorban dalam kemalangan di kawasan Snowy Monaro tersebut," katanya.

Terdahulu, pesawat yang membawa tangki air besar itu dilaporkan terputus hubungan komunikasi secara tiba-tiba.

Beberapa helikopter turut menjejaki pesawat tersebut di sekitar lokasi kebakaran belukar dahsyat yang terletak kira-kira lima jam dari Sydney dan telah memusnahkan 94,000 hektar kawasan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!