Tiga maut dalam kebakaran hospital

Tiga pesakit maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Austria. Foto hiasan 123RF
Tiga pesakit maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Austria. Foto hiasan 123RF
A
A
A

VIENNA - Tiga pesakit maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Austria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media tempatan.

Dua mangsa berusia 78 dan 81 tahun manakala tiada maklumat mengenai mangsa ketiga.

Menurut pihak berkuasa, kebakaran berlaku pada Selasa di sebuah bilik di tingkat tiga Hospital Landesklinikum Modling berhampiran Vienna.

Jurucakap Agensi Kesihatan wilayah (LGA), Matthias Hofer, berkata bantuan lambat sampai untuk menyelamatkan tiga lelaki di dalam bilik itu.

Seramai 20 lagi cedera ringan dan kira-kira 90 pesakit terpaksa dipindahkan.

Pejabat polis jenayah persekutuan dan wilayah telah memulakan siasatan untuk mengenal pasti menyiasat punca kebakaran. - Bernama