Ganjaran menanti pemain KDN FC jika tewaskan PDRM FC

Mohd Rowi (dua,kiri) berharap dengan tawaran ganjaran yang diberikan akan memberi motivasi kepada barisan pemain dalam misi memburu kemenangan sulung dalam saingan musim ini.
Mohd Rowi (dua,kiri) berharap dengan tawaran ganjaran yang diberikan akan memberi motivasi kepada barisan pemain dalam misi memburu kemenangan sulung dalam saingan musim ini.
A
A
A

BARISAN pemain Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) akan menerima ganjaran khas sekiranya mereka mampu menewaskan PDRM FC pada aksi Liga Super Malaysia 2024/25 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada Ahad.

Penolong pengurusnya, Datuk Mohd Rowi Dollah berkata, usaha itu bertujuan memberikan motivasi kepada barisan pemain dalam misi memburu kemenangan sulung dalam saingan musim ini.

"Saya harap pemain dapat fokus dan melupakan kekalahan yang dialami sebelum ini dan berjuang habis-habisan bagi memastikan KDN FC keluar sebagai pemenang nanti.

"Saya mahu pemain membuktikan mereka layak bersaing pada saingan musim ini," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, KDN FC memerlukan kemenangan dalam mengembalikan semula moral pasukan selain memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Ujarnya, beliau berharap peminat bola sepak negeri ini dapat turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan padu kepada KDN FC.

Selepas mengharungi tiga perlawanan, KDN FC masih belum meraih sebarang mata dan berada di kedudukan ke-12 dalam carta Liga Super.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!