Pukat hantu ditemukan di dasar laut Pulau Perhentian

Seramai 30 penyelam sukarelawan termasuk lima wanita yang menyertai program antarabangsa Dive Against Debris.
Seramai 30 penyelam sukarelawan termasuk lima wanita yang menyertai program antarabangsa Dive Against Debris.
A
A
A

BESUT - Seramai 30 penyelam sukarelawan termasuk lima wanita yang menyertai program antarabangsa Dive Against Debris (DAD) menemui satu pukat hantu sepanjang kira-kira sembilan meter di dasar laut di Pulau Perhentian di sini pada Sabtu.

Ahli geologi, Profesor Azhar Hussein berkata, bagaimanapun pukat sepanjang sembilan meter itu dipercayai dihanyutkan arus tidak dapat dinaikkan ke darat kerana ia memerlukan satu pasukan khas melibatkan 'winch boat' untuk menarik dan menaikkan pukat tersebut.

"Pukat hantu itu tidak boleh dipotong sesuka hati kerana ia boleh merosakkan terumbu karang dan ekosistem dasar laut berkenaan.

Sampah sarap yang dikutip penyelam di dasar laut Pulau Perhentian.
Sampah sarap yang dikutip penyelam di dasar laut Pulau Perhentian.

"Jadi penyelam hanya menumpukan kerja mengutip sampah sarap yang berada di dasar laut selain menaikkan beberapa pukat-pukat kecil," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurut Azhar, sampah sarap yang dikutip dari dasar laut dan di sekitar pantai Long Beach oleh kira-kira 120 sukarelawan termasuk pelancong asing turut ditimbang dan direkodkan.

Fasa kedua DAD itu dianjurkan oleh Yayasan Salam Malaysia (SALAM), BLack Eye Scuba Team (BEST) dan Pejabat Tanah dan Daerah Besut serta ditaja oleh Kenanga Investor.

Artikel Berkaitan:

Sampah sarap yang dinaikkan ke darat ditimbang dan direkodkan jumlahnya.
Sampah sarap yang dinaikkan ke darat ditimbang dan direkodkan jumlahnya.

Sementara itu, penasihat program, Datuk Zuraidah Atan menyatakan penajaan Kenanga Investors menekankan komitmen mereka terhadap kelestarian alam dan penglibatan sosial.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!