10 PATI warga Myanmar ditahan cuba masuk ke Malaysia

10 PATI warga Myanmar yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita ditahan cuba bolos sempadan negara di Bukit Kayu Hitam di sini pada Jumaat.
10 PATI warga Myanmar yang terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita ditahan cuba bolos sempadan negara di Bukit Kayu Hitam di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUBANG PASU - Seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan selepas cuba membolosi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini melalui jalan tikus pada Jumaat.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku pada jam 3.40 petang di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd).

Katanya, ketika itu pasukan operasi yang sedang melaksanakan rondaan telah mengesan sekumpulan orang awam dalam keadaan mencurigakan di kawasan kebun getah di sempadan berkenaan.

"Selepas penahanan dibuat, pemeriksaan mendapati kumpulan terbabit terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita berusia antara 21 hingga 49 tahun. Mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, rampasan beberapa barangan turut dibuat iaitu enam buah telefon bimbit, 12 buah beg dan satu pasport palsu.

"Turut dirampas wang tunai dalam matawang Thailand dan Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan RM3,326.23.

"Kesemua PATI terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Jelasnya, pasukan operasi akan terus memastikan keselamatan sempadan negara terpelihara daripada aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!