9,000 sekolah sedia kemudahan murid pendidikan khas

Foto hiasan. (Gambar kecil: Rodiah)
Foto hiasan. (Gambar kecil: Rodiah)
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 9,000 sekolah di seluruh negara menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) termasuk kanak-kanak autisme.

Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr Rodiah Idris berkata, antara kemudahan yang disediakan adalah memperluaskan akses dan ekuiti pendidikan yang berkualiti seperti menambah baik ruang pembelajaran selain menaik taraf kelas serta sekolah.

“Pada 2024 kementerian melakukan perluasan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) melibatkan 149 sekolah dan 154 kelas bagi memberi manfaat kepada 1,078 orang MBPK di seluruh negara.

“Dalam masa sama 50 projek pembinaan bangunan tambahan PPKI sedang berjalan,” katanya kepada.

Tambah beliau, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pula akan terus menjaga kebajikan MBPK apabila semua sekolah baharu sama ada rendah mahu pun menengah perlu mempunyai keperluan PPKI.

Jelasnya, keperluan tersebut adalah menyediakan enam bilik darjah PPKI di sekolah rendah dan lima di sekolah menengah.

“Saya memang menggalakkan ibu bapa supaya menghantar anak ke sekolah di bawah KPM kerana kami menyediakan pelbagai kemudahan dan peluang untuk mereka belajar.

“Kita banyak kategori ketidakupayaan antaranya penglihatan, pendengaran dan fizikal. Jangan risau, guru-guru yang mengajar sudah terlatih dalam pendidikan khas,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!