Polis sahkan kematian kanak-kanak akibat luka dikelar di bahagian leher

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DKEMAS KINI] Polis mengesahkan punca kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan di Pasir Gudang pada Sabtu, adalah akibat luka dikelar di bahagian leher dipercayai dilakukan oleh ibu kandungnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak turut mengesahkan bahawa kanak-kanak malang itu berada di bahagian ruang tamu rumah suspek ketika kejadian.

"Setakat ini, seorang jiran telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada suspek mempunyai masalah kesihatan mental.

Suspek yang berusia 32 tahun kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman hingga 23 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Suhaili Sapun di Hospital Permai, Tampoi di sini.

Insiden pada jam 1.30 tengah hari itu menyaksikan suspek menghantar gambar kanak-kanak yang berlumuran darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp sejurus selepas mengelar kanak-kanak tersebut.

Mohd Sohaimi berkata, sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa turut dirampas di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh bapanya sejurus selesai proses bedah siasat di Jabatan Perubatan HSI pada kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Jenazah dijangka dikebumikan di Felda Redong, Segamat pada Ahad. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Polis sahkan kematian kanak-kanak akibat luka dikelar di bahagian leher #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Jenayah #Bunuh #Kes #Ibu #Anak #Bayi #Polis

Earned It (Fifty Shades Of Grey) - A Tribute to The Weeknd - Saxtribution