Remaja OKU ditemui lemas dalam tasik buatan

Seorang remaja lelaki OKU berusia 17 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah tasik buatan. Foto Ihsan JBPM Kelantan
Seorang remaja lelaki OKU berusia 17 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah tasik buatan. Foto Ihsan JBPM Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 17 tahun ditemukan lemas di dalam sebuah tasik buatan dekat Kampung Tiong Dalam, di sini pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 6.43 petang dan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh digegaskan ke lokasi.

"Sampai di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lemas lelaki OKU ditemukan oleh orang awam, sebelum ketibaan pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!