Remaja lelaki lemas di Sungai Bagan

Seorang remaja lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Bagan berdekatan Kampung Bagan Atas di Machang, pada Rabu. Foto JBPM
Seorang remaja lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Bagan berdekatan Kampung Bagan Atas di Machang, pada Rabu. Foto JBPM
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Bagan berdekatan Kampung Bagan Atas di Machang, pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam kenyataan memaklumkan, mayat Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemukan pada 3.30 petang oleh bapanya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Mayat Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemukan oleh bapanya yang turut menyertai operasi SAR. Foto JBPM
Mayat Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemukan oleh bapanya yang turut menyertai operasi SAR. Foto JBPM

"Bomba menerima laporan kejadian pada 2.52 petang dan operasi SAR kemudian melibatkan 10 anggota.

"Komander operasi telah mengarahkan SAR dijalankan menggunakan teknik pencarian di permukaan sungai bersama orang awam dan bapa mangsa kemudian telah menjumpai anaknya lemas," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!