Ular punca wabak virus korona di China?

Spesies banded krait (bungarus multicinctus) itu merupakan ular elapid paling berbisa yang biasanya ditemui di tengah dan selatan China serta Asia Tenggara. - Foto Agensi
Spesies banded krait (bungarus multicinctus) itu merupakan ular elapid paling berbisa yang biasanya ditemui di tengah dan selatan China serta Asia Tenggara. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Ular dipercayai menjadi sumber asal virus korona seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang kini merebak di China.

Spesies banded krait (bungarus multicinctus) itu merupakan ular elapid paling berbisa yang biasanya ditemui di tengah dan selatan China serta Asia Tenggara.

Wabak yang menyebabkan pneumonia atau radang paru-paru itu pertama kali dilaporkan pada akhir bulan lalu di Wuhan dan kini telah menular ke beberapa negara di Asia termasuk Amerika Syarikat.

Hipotesis yang menyatakan virus 2019-nCoV tersebut disebarkan daripada haiwan di pasar terbabit turut disokong menerusi laporan diterbitkan dalam Journal of Medical Virology.

Kajian yang dilakukan ke atas kod genetik virus itu mendapati ia mempunyai persamaan rapat dengan sampel virus korona seperti SARS dari China.

ARTIKEL BERKAITAN: Virus korona: China kenakan perintah kuarantin di Wuhan

Wuhan, bandar bermulanya virus misteri

Penyelidik juga mendapati urutan genom virus tersebut menunjukkan virus kelawar mengalami mutasi sebelum menjangkiti manusia.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, virus SARS dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) diklasifikasikan sebagai virus zoonatik yang bermaksud kumpulan pesakit pertama yang dijangkiti secara terus daripada haiwan.

Virus tersebut dikatakan boleh mengalami siri mutasi genetik yang membolehkan ia kemudiannya disebarkan antara manusia.

Dalam kes wabak terbaharu itu, kumpulan pertama yang dimasukkan ke hospital terdiri daripada pekerja dan pelanggan di Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan yang turut menjual pelbagai haiwan hidup termasuk unta, kambing biri-biri, khinzir dan ternakan.