PM terima kunjungan hormat CEO Phison, bincang hala tuju berkaitan NSS

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation, Datuk Pua Khein Seng. Foto Facebook Anwar Ibrahim

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima kunjungan hormat daripada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Phison Electronics Corporation, Datuk Pua Khein Seng.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi hantaran di laman sesawang Facebook beliau berkata, sewaktu pertemuan itu, kedua-dua mereka telah membincangkan mengenai hala tuju jangka panjang terkait dengan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) yang diumumkan bulan lalu.

Syarikat itu kini merupakan peneraju pasaran dalam pengawal data untuk NAND dan penyelesaian storan dengan hampir satu daripada setiap empat SSD yang dihantar ke seluruh dunia ialah penyelesaian Phison.

"Pua turut membentangkan cadangan pemindahan teknologi Phison ke Malaysia bagi mendukung usaha mewujudkan pelan reka bentuk teknologi tempatan sementelahan (tambahan pula) ini penting dalam memberi anjakan kepada Malaysia daripada hanya menjadi pengeluar semikonduktor bagi syarikat-syarikat dunia.

"Saya singgung adalah penting dalam tempoh jangka panjang bagi negara melahirkan bakat (tenaga kerja) yang mempunyai kemahiran mencipta teknologi,” kata Anwar.

Namun ini, kata beliau, memerlukan kerjasama erat daripada sumber yang dimiliki agensi kerajaan dan usaha daripada pihak swasta seperti yang dibuat Phison dalam bersama-sama menjadikan negara sebagai peneraju dalam mereka bentuk teknologi amat dialu-alukan. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!