Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Tun Dr Mahathir Mohamad. Foto Sinar Harian-ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurutnya, pada tahun 2023, MAHB telah memperoleh keuntungan yang sangat tinggi iaitu RM543 juta.

“Apabila saya mendengar MAHB akan menjual sahamnya, sangkaan saya ialah MAHB rugi. Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?

“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam MAHB.

Beliau turut menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.

Mengulas lanjut, menurut Dr Mahathir, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan MAHB didakwa mempunyai agenda tersendiri.

“Saya tak faham. Mungkin juga ada udang di sebalik batu?” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!