Buaya di Jong's Crocodile Farm

A
A
A
Sebahagian daripada buaya yang terdapat di Jong's Crocodile Farm yang terletak di daerah Siburan, kira-kira 30 kilometer dari bandaraya Kuching.

Terdapat lebih 1,000 ekor buaya dipelihara di ladang seluas 25 ekar ini yang merupakan kawasan penternakan, pembiakan dan pemuliharaan buaya yang terbesar di Malaysia.

Di Sarawak, terdapat dua spesis buaya iaitu Crocodylus porosus atau buaya air masin, dan False Gharial atau buaya air tawar.

Buaya air masin banyak terdapat di perairan kehitaman atau di sekitar muara sungai dan paya bakau dan berbahaya bagi manusia dan ternakan dan lebih aktif daripada buaya air tawar.

Peningkatan jumlah populasi buaya di Sarawak sepanjang sembilan tahun lalu meningkatkan risiko berlaku konflik antara manusia dengan reptilia berkenaan.
Artikel Berkaitan:


Bancian pemantauan yang dilakukan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mendapati jumlah populasi terbabit meningkat hampir dua kali ganda daripada 13,500 ekor buaya pada 2014 kepada 25,000 ekor buaya pada tahun 2023.

SFC sedang membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara 'real time' atau data masa nyata agar populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.

SFC telah mengeluarkan sebanyak 173 permit bagi aktiviti pemburuan buaya di negeri ini, walau bagaimanapun aktiviti pemburuan buaya menerusi permit terbabit tidak begitu aktif dalam membantu menangani serta mengawal peningkatan populasi buaya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
        
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hard Rock Cafe Ipoh

No Image Caption
GALERI

Anyaman buah cempedak

No Image Caption
GALERI

EzyDurian Bangi

No Image Caption
GALERI

Etnik Penan di Lusong Laku