Pembatalan PSS kemenangan rakyat Sabah: Annuar

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pengumuman kerajaan Sabah yang membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) semalam adalah bukti kemenangan buat rakyat.

Menurutnya, pemegang dokumen IMM13, Kad Burong-Burong dan Sijil Banci di Sabah harus dihantar pulang mengikut undang-undang sedia ada.

“Kerajaan Sabah bertanggungjawab untuk menyediakan pelan penghantaran pulang pendatang asing secara teratur dan tegas,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Sabah batal pelaksanaan PSS

IMM13 adalah dokumen dikeluarkan Jabatan Imigresen kepada pelarian perang dari selatan Filipina pada 1970-an manakala Kad Burong-Burong dan Sijil Banci masing-masing dikeluarkan kepada pendatang asing pada era kerajaan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) dan Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Menurutnya, mana-mana pendatang asing yang baru tiba dan dalang yang membawa masuk pendatang asing ini perlu dikenakan hukuman keras bagi memberi pengajaran.

Katanya, imej parti Warisan diuji dalam isu pendatang asing ini selepas rakyat Parlimen Kimanis menolak mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Januari lalu.

“Imej Warisan yang dilihat cuba menutup sebelah mata dalam isu ini perlu diperbaiki melalui bukti dan komitmen tegas mereka menghapuskan pendatang asing di Sabah,” katanya.

Artikel Berkaitan: