Tuan tanah berdepan hukuman penjara potong kaki unta di Pakistan

Sekurang-kurangnya lima lelaki di selatan Pakistan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana terlibat dalam mencacatkan seekor unta. Gambar hiasan
Sekurang-kurangnya lima lelaki di selatan Pakistan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana terlibat dalam mencacatkan seekor unta. Gambar hiasan
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya lima lelaki di selatan Pakistan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun kerana terlibat dalam mencacatkan seekor unta, kata pegawai pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kejadian itu berlaku di daerah Sanghar di wilayah Sindh pada Jumaat apabila seorang tuan tanah memotong kaki kanan unta itu kerana meragut di ladangnya.

Empat lagi lelaki dituduh bertindak sebagai rakan sejenayahnya.

Serangan kejam itu tular di media sosial sehingga menyebabkan kerajaan tempatan mengambil tindakan.

"Pelakunya berada dalam tahanan polis, telah mengaku melakukan jenayah itu dan mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun," kata Muqarrab Khan, jurucakap polis Sanghar, kepada dpa.

Pemilik unta, seorang petani tidak bersedia untuk mendaftarkan kes itu, kata Khan.

Unta itu berusia sekitar lapan bulan, sedang dijaga oleh pertubuhan kebajikan haiwan di ibu kota wilayah Karachi.

Junaid Nazir dari pusat perlindungan haiwan Perkhidmatan Respons Bencana Komprehensif berkata, sebuah syarikat di Pakistan telah diberi tugas untuk menghasilkan kaki palsu. - Bernama- dpa

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!