Bayi masih bertali pusat, berbalut telekung ditemui di masjid

Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai di sebuah masjid Kampung Lubuk Kulit pada 5.30 pagi, Selasa.
Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai di sebuah masjid Kampung Lubuk Kulit pada 5.30 pagi, Selasa.
A
A
A

LIPIS - Seorang bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan dijumpai di Masjid Kampung Lubuk Kulit di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, bayi yang diselimuti telekung dan diletakkan di atas sejadah ditemui di ruang solat wanita di masjid berkenaan oleh jemaah.

Menurutnya, polis menerima laporan penemuan bayi itu kira-kira jam 5.30 pagi.

"Bayi berkenaan dalam keadaan baik, sempurna dan masih mempunyai tali pusat ketika ditemui.

"Kini, bayi terbabit telah ditempatkan di Hospital Kuala Lipis untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan, pihak polis masih mengesan ibu bapa kepada bayi tersebut bagi mengetahui punca sebenar ia ditinggalkan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang kanak-kanak.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kita memohon individu mempunyai maklumat, tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Lipis 09-31 21999," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!