Foto kediaman Ketua Polis Daerah Segamat disimbah cat kembali tular

Kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Segamat di Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat disimbah cat merupakan kejadian lama yang tular semula.
Kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Segamat di Jalan Johor Bahru-Seremban, Segamat disimbah cat merupakan kejadian lama yang tular semula.
A
A
A

SEGAMAT - Kejadian tembok depan rumah Ketua Polis Daerah Segamat di Jalan Johor Bahru-Seremban di sini disimbah cat adalah foto lama yang tular semula.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian itu berlaku pada Februari lalu dan suspek yang merupakan warga tempatan berusia 31 tahun sudah pun ditangkap di Taman Perling di sini pada 5 Februari lalu.

"Turut dirampas satu tin cat dan barang-barang lain yang digunakan semasa kejadian. Suspek mempunyai dua rekod lampau kes khianat dan satu kes samun.

"Saringan air kencing mendapatinya negatif dadah. Suspek sudah dituduh di mahkamah majistret pada 6 Februari lalu dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas gagal membayar denda RM2,500.

"Suspek juga sudah dikenakan perintah pengawasan di bawah Akta Pencegahan Jenayah di mukim Lepar, Pekan, Pahang untuk tempoh setahun bermula 6 Jun lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini tular foto tembok kediaman rasmi Ketua Polis Daerah Segamat disimbah cat dan sekeping nota meminta kedai dadah di daerah ini dihapuskan.

Nota meminta kedai dadah di daerah Segamat dihapuskan.
Nota meminta kedai dadah di daerah Segamat dihapuskan.

Ahmad Zamry berkata, siasatan mendapati suspek mendakwa melakukan perbuatan tersebut kerana sering terdengar bisikan ghaib.

Artikel Berkaitan:

"Suspek mendakwa terdengar bisikan ghaib disyaki halunisasi menyatakan suspek terlibat kes dadah dan menjadi buruan polis.

"Akibat daripada itu suspek menyasarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat sebagai tanda protes," ujar beliau.

Zamry berkata, disebabkan kehadiran polis di pos pengawal, suspek mengubah sasaran dengan melakukannya di rumah Ketua Polis Daerah Segamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!