Boeing lantik Penny Burtt sebagai presiden baharu bagi Asia Tenggara

Penny Burtt
Penny Burtt
A
A
A

BOEING pada Selasa mengumumkan Penny Burtt sebagai presiden baharu bagi bahagian perniagaan Asia Tenggara syarikat itu, berkuat kuasa 3 Julai, 2024.

Syarikat aeroangkasa global itu dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Burtt akan berpangkalan di Singapura dan menyelia strategi dan operasi Boeing seiring dengan pengembangannya di rantau ini.

Burtt juga akan menjadi pengarah dan pengerusi Boeing Singapore Pte Ltd dan presiden pengarah PT. Boeing Indonesia.

Baru-baru ini Burtt mengetuai bahagian dasar awam dan hubungan kerajaan bagi rantau Asia Pasifik di Stripe, sebuah syarikat infrastruktur kewangan.

Beliau merupakan bekas diplomat Australia yang berkhidmat di Singapura, Indonesia dan Malaysia, dan merupakan ahli lembaga Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.

Boeing juga berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pihak berkepentingan di Asia Tenggara selama lebih 75 tahun, membina keupayaan aeroangkasa dan pertahanan di rantau ini dengan pejabat di Singapura, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Thailand dan Filipina.

"Rantau ini merupakan salah satu pasaran pesawat komersial yang paling pantas berkembang di dunia dan keperluan pertahanannya berkembang pesat,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!