RedONE Mobile teruskan tradisi ibadah korban bersama komuniti

Mohd Nazmun (kanan) dan Steven Yong (tiga dari kiri) bersama rakan niaga, wakil penganjur dan sukarelawan program korban di Masjid Fatimah Az Zahra, Indera Sempurna di sini pada Isnin.
Mohd Nazmun (kanan) dan Steven Yong (tiga dari kiri) bersama rakan niaga, wakil penganjur dan sukarelawan program korban di Masjid Fatimah Az Zahra, Indera Sempurna di sini pada Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Syarikat telekomunikasi, redONE Mobile meneruskan tradisi program korban bersama komuniti di negeri ini sempena Hari Raya Aidiladha, Isnin lalu.

Pengurus Saluran redONE Mobile Pahang, Mohd Nazmun Mohd Noor berkata, pihaknya menyumbang dua ekor lembu bagi menyertai program tersebut di dua lokasi terpilih di negeri ini iaitu di Masjid Fatimah Az Zahra, Taman Indera Sempurna di sini dan di Masjid Muhajirin, Felda Melati, Jengka 11, Maran.

Menurutnya, program korban di Masjid Fatimah Az Zahra, Taman Indera Sempurna dianjurkan dengan kerjasama ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

"Pada program ini, lebih 20 haiwan korban ditumbangkan terdiri lembu dan kerbau termasuk dari redONE Mobile sendiri.

"Allhamdulillah program bermula jam 9.30 pagi berjalan lancar dari proses sembelihan hingga agihan daging korban peserta kepada penerima," katanya ketika ditemui di lokasi korban itu di sini pada Isnin.

Turut hadir Ketua Bahagian Jualan redONE Mobile Wilayah Timur, Steven Yong.

Mohd Nazmun Mohd Noor berkata, program korban tradisi redONE Mobile setiap tahun sejak 2014 bagi menghargai dan meraikan rakan niaga.

"Selepas dua tahun tergendala (2022/2023), Allhamdulillah tahun ini kami meneruskan lagi program ini.

Artikel Berkaitan:

"Bagi wilayah timur, sebanyak enam ekor lembu disumbangkan iaitu dua ekor bagi setiap negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan," ujarnya.

Beliau berkata, tradisi itu juga sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat syarikat kepada masyarakat.

"Program ini diadakan sebagai isyarat kepada masyarakat setempat dan rakan niaga bahawa redONE Mobile sentiasa di hati dan dekat dengan masyarakat," katanya.

"Sempena majlis korban hari ini (semalam) redONE Mobile amat berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan niaga Kuantan dan pihak penganjur dan sukarelawan atas kerjasama diberikan sekaligus menjayakannya seperti dihasratkan.

"Kami juga berharap program seumpama ini dapat teruskan setiap tahun sebagai tradisi menghargai rakan niaga dan masyarakat setempat," katanya.

Sementara itu, Mohd Nazmun berkata, redONE Mobile kini menawarkan pelan pascabayar 5G dengan harga mampu milik serendah RM38 sebulan.

"Melalui pelan itu, pengguna boleh menikmati dengan panggilan tanpa had kesemua rangkaian, data 5G sehingga 200GB dan media sosial tanpa had serta hotspot sehingga 50GB.

"Selain itu, redONE Mobile juga menyediakan pelan prabayar ULTRA serendah RM25 dengan panggilan tanpa had dan data 5G sehingga 130GB," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!