Barang 'rare', klasik imbas memori

Setiap satu barang dijual mempunyai cerita tersendiri. Gambar kecil dari atas: Pelbagai jenis pakaian termasuk pakaian jenama Levi's vintage era 90-an dijual dan barangan seperti aksesori motosikal dan perhiasan rumah antara dipamer dan dijual.
Setiap satu barang dijual mempunyai cerita tersendiri. Gambar kecil dari atas: Pelbagai jenis pakaian termasuk pakaian jenama Levi's vintage era 90-an dijual dan barangan seperti aksesori motosikal dan perhiasan rumah antara dipamer dan dijual.
A
A
A

BARANG ‘rare’ atau klasik dipamer dan dijual di jualan but kereta atau car boot sale (CBS) Puchong Permai di sini memiliki nilai sentimental tersendiri terutama bagi pengumpul barangan lama.

Pelbagai pilihan termasuk pakaian boleh didapati di CBS Puchong Permai yang menawarkan barangan berkenaan yang lazimnya digelar sebagai ‘vintage’ dan boleh dikatakan sukar diperoleh.

Menjadi tumpuan setiap hujung minggu, medan perniagaan terbuka beroperasi dua hari seminggu pada Jumaat dan Sabtu itu juga bagi membantu meningkatkan pendapatan peniaga kecil.

Meninjau tapak jualan CBS Puchong Permai, pengunjung pastinya rambang mata melihat dan memilih pelbagai barangan serta teruja menatap barang yang diklasifikasikan sebagai klasik.

Penganjurnya, Yusran Abdullah, 47, berkata, inisiatif mewujudkan pasar itu bertujuan memberi manfaat kepada pelbagai pihak khususnya kepada masyarakat setempat dan peniaga-peniaga kecil.

Yusran Abdullah
Yusran Abdullah

Ujarnya, barangan seperti aksesori motosikal, perhiasan rumah, jam, pakaian serta kelengkapan siri dan permainan kanak-kanak antara dipamer dan dijual di situ oleh lebih 80 peniaga yang terbabit.

"Setiap satu mempunyai cerita, tidak hairan walaupun ada sesetengah barangan dijual agak tinggi sekali pun, peminatnya sanggup membayar namun masih boleh tawar-menawar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, pada awal pembukaan pada penghujung 2021 perniagaan agak perlahan namun usaha mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga dan berkembang dari semasa ke semasa hingga kini.

Pengunjung pastinya rambang mata melihat dan memilih pelbagai barangan.
Pengunjung pastinya rambang mata melihat dan memilih pelbagai barangan.

“Lokasi ini sesuai dikunjungi semua untuk acara berkeluarga, sambil membawa anak bersiar-siar, boleh menikmati makanan di gerai dalam kawasan tapak yang sama," katanya.

Seorang peniaga, Azim Mohd, 50, yang memiliki pelbagai jenis pakaian termasuk pakaian jenama Levi's vintage era 90-an, pakaian era itu diperoleh dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah.

“Bukan hanya pakaian tetapi barang aksesori motosikal pelbagai jenama keluaran lama turut dijual peniaga sekali gus membuktikan barang lama jika dipamerkan dan dijual pasti pengunjung terpegun," katanya.

Pengunjung, Hafiza Ali, 45, berkata, dia mula mencintai barangan berkenaan selepas suaminya sering membawa pulang pelbagai barang lama ke rumah.

“Tidak kira apa saja barang lama pasti suami membawanya pulang. Saya mulanya memang tidak menggemarinya namun lama kelamaan saya baru tahu barang-barang lama ini istimewa," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!