X

Kindly register in order to view this article
!

Arab Saudi nafi godam telefon pengasas Amazon.com

Jeff Bezos
Jeff Bezos
A
A

KAHERAH - Arab Saudi hari ini menyangkal laporan media yang mendakwa negara itu dalang di sebalik penggodaman telefon pengasas perniagaan atas talian, Amazom.com, Jeff Bezos.

"Ia adalah satu tuduhan yang tidak masuk akal. Kami menggesa siasatan dilakukan supaya hal sebenar dapat didedahkan," jelas Kedutaan Arab Saudi di Amerika Syarikat menerusi mesej di Twitter.

Menerusi laporan The Guardian semalam, telefon bilionair terbabit didakwa digodam selepas ia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar daripada akaun peribadi Putera Mahkota, Mohammed Salman.

"Mesej terbabit dikatakan mengandungi fail berniat jahat yang memasuki telefon digunakan Bezos yang kemudiannya mendapatkan sejumlah besar data dalam tempoh beberapa jam," lapor akhbar berpusat di Britain itu lagi.

Ketua keselamatan Bezos turut mendakwa, Riyadh pada masa itu mempunyai akses pada telefon beliau dan memperoleh maklumat peribadi termasuk mesej teks bersama bekas pembaca berita stesen TV yang didakwa menjalin hubungan dengannya.

Hubungan antara Ketua Pegawai Eksekutif Amazon dan kerajaan Saudi dilaporkan agak tegang selepas Bezos mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan menerusi laporan kes pembunuhan kolumnis The Washington Post, Jamal Khashoggi. - Agensi