England masih cari rentak tanpa kelibat tonggak berpengalaman

Bellingham Foto: Agensi
Bellingham Foto: Agensi
A
A
A

PENAMPILAN naib juara Euro, England dalam edisi Jerman 2024 yang kebergantungan diletakkan terhadap pemain-pemain kurang pengalaman aksi tahap tinggi masih dalam transisi selepas tanpa khidmat pemain senior seperti bek tengah Harry Maguire dan pemain tengah Jordan Henderson.

Itu reaksi pengendali England, Gareth Southgate selepas sentuhan minit ke-13,

Jude Victor William Bellingham, bintang kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid memberikan The Three Lions tiga mata penting setelah menjinakkan Serbia, 1-0 dalam perlawanan kumpulan C di Veltins-Arena.

“Pasukan ini masih bersatu. Semua orang menjangkakan kami akan melaluinya, namun sejujurnya masih terdapat banyak kerja keras segera perlu dilakukan untuk pasukan lebih maju ke hadapan.

"Ya, kami masih kekurangan perkara tertentu seperti dalam perlawanan ini, kami sedang mencari penyelesaian terbaik yang mungkin.

"Kami telah menghadapi masalah yang sangat rumit untuk semua bahagian sejak kebelakangan ini, namun semangat bersatu saling menyokong satu sama lain kumpulan dapat dilihat semua orang malam ini dan dari situ kami pasti akan berkembang lebih pesat," katanya.

Sementara itu, Bellingham yang merupakan pemain terbaik perlawanan mengakui prestasi separuh masa kedua Three Lions menunjukkan keperluan segera untuk penambahbaikan, sambil menyifatkan mereka akan mengambil perkara positif daripada permainan tersebut.

"Jelas sekali pada kebiasaannya dengan pasukan akan terdapat elemen negatif di sekeliling dalam semua perlawanan kami dan kadang-kadang betul tetapi saya fikir dalam kes ini anda perlu mengambil perkara yang positif.

Artikel Berkaitan:

“Baiklah, mungkin kami terpaksa bertahan pada masa-masa tertentu dan menderita sedikit, tetapi kami mengekalkan rekod bersih dan apabila anda mengekalkan rekod tidak bersih apa yang anda perlu lakukan ialah menjaringkan satu gol,” katanya.

Kemenangan Three Lions ke atas The Eagles kendalian Dragan Stojkovic membolehkan England memenangi perlawanan pembukaan dalam keempat-empat kejuaraan utama di bawah kendalian Gareth Southgate (Euro 2020 dan 2024, Piala Dunia 2018 dan 2022).

Tiga mata itu menyaksikan England memimpin kumpulan dengan tiga mata diikuti Denmark (satu mata), Slovenia (satu mata) dan Serbia.

England akan berdepan Denmark di Deutsche Bank Park pada 21 Jun diikuti Slovenia di Rhein Energie Stadion pada 26 Jun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!