X

Kindly register in order to view this article
!

Bonus Exco: Jika mampu pun, tak perlu heboh

Che Ibrahim Mohamed
Che Ibrahim Mohamed
A
A

KOTA BHARU - Amanah Kelantan menganggap pemberian bonus khas sebanyak RM50,000 kepada Exco Kelantan adalah tidak wajar kerana kerajaan negeri masih bergantung kepada pendahuluan daripada kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji dan elaun kakitangan.

Timbalan Pengerusinya, Che Ibrahim Mohamed berkata, jika kerajaan negeri mampu memberikan sumbangan sebanyak itu kepada Exconya ia tidak perlu dihebohkan.

"Seingat saya, inilah kali pertama kerajaan memberi bonus kepada Exconya dan amalan ini tidak berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri lain termasuk di Terengganu yang juga ditadbir Pas.

"Pemberian ini boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat kerana kerajaan negeri baru sahaja diumumkan menerima pemberian sebanyak RM400 juta daripada kerajaan Persekutuan," katanya.

Menurutnya, perkara itu jelas menggambarkan satu perbelanjaan yang tidak berhemat walaupun mungkin kerajaan negeri menggunakan sumber lain untuk membayarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Mercedes, rakyat persoal Exco Kelantan dapat RM50,000


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!