Lembu 'gergasi' baka American Brahman jadi rebutan

Lembu baka American Brahman bersaiz 'gergasi' turut menjadi rebutan dalam kalangan umat Islam di negara ini untuk dijadikan sebagai haiwan korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha.
Lembu baka American Brahman bersaiz 'gergasi' turut menjadi rebutan dalam kalangan umat Islam di negara ini untuk dijadikan sebagai haiwan korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha.
A
A
A

PASIR MAS - Selain lembu sado, baka American Brahman bersaiz 'gergasi' turut menjadi rebutan dalam kalangan umat Islam di negara ini untuk dijadikan sebagai haiwan korban pada sambutan Hari Raya Aidiladha.

Permintaan 'luar biasa' terhadap lembu berkenaan menyebabkan seorang pengusaha ladang di Bukit Tuku di sini, Abdul Hakki Che Ahmad tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Abdul Hakki berkata, sepanjang sambutan Aidiladha yang bermula pada Isnin ini dia berjaya menjual lebih 40 ekor lembu baka berkenaan.

Permintaan luar biasa terhadap lembu berkenaan menyebabkan seorang pengusaha ladang di Bukit Tuku di Pasir Mas, Abdul Hakki tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Permintaan luar biasa terhadap lembu berkenaan menyebabkan seorang pengusaha ladang di Bukit Tuku di Pasir Mas, Abdul Hakki tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Lembu ini menjadi pilihan kerana mempunyai daging yang banyak berbanding baka-baka lain di pasaran," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Menurut beliau, tempahan lembu baka berkenaan banyak diperoleh dari Selangor.

Ujarnya, kebiasaan harga lembu American Brahman itu dijual bermula RM9,000 sehingga RM12,000 seekor.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hakki (kiri) melayan pelanggan yang ingin menempah lembu korban dari baka Kedah-Kelantan di ladangnya.
Abdul Hakki (kiri) melayan pelanggan yang ingin menempah lembu korban dari baka Kedah-Kelantan di ladangnya.

Abdul Hakki memberitahu, dia menggunakan laman sosial Facebook untuk mempromosikan lembu-lembu berkenaan kepada pelanggan.

Katanya, permintaan untuk lembu korban sedikit meningkat berbanding tahun lalu.

Ujarnya, tempahan untuk lembu korban dari baka Kedah-Kelantan mula diterima selepas sambutan Aidilfitri lagi.

"Kesemua stok lembu sebanyak 1,000 ekor sudah habis terjual pada Khamis selepas permit sembelihan ditutup," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!