Lelaki, cucu saudara maut kereta terbabas langgar pokok

Kereta yang dinaiki mangsa remuk akibat kemalangan itu. Foto polis
Kereta yang dinaiki mangsa remuk akibat kemalangan itu. Foto polis
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua individu maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas sehingga melanggar sebatang pokok dan besi enjin air di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian pada kira-kira jam 2.20 pagi itu mengorbankan seorang lelaki, Samsul Bahri Awang Noh, 50, bersama cucu saudaranya iaitu Nik Muhammad Syahidan Rosli, 20.

Menurutnya, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Volkswagen yang dipandu mangsa itu dari arah Batu Rakit menghala ke rumahnya di Jerteh hilang kawalan sebelum terbabas.

"Hasil siasatan mendapati apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas sendiri masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebatang pokok dan besi enjin air yang berada di bahu jalan sebelah kanan.

"Akibat pelanggaran tersebut besi enjin terpelanting dan kemudian terkena sebuah kereta jenis Proton Iriz yang berada dalam garaj.

"Susulan kejadian itu, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Azli berkata, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk proses bedah siasat dan tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!