Ramalan awal MetMalaysia: Hujan lebat pada Aidiladha ini

MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir berlaku di sesetengah negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.
MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir berlaku di sesetengah negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir berlaku di sesetengah negeri di Malaysia pada Aidiladha ini.

Menurut MetMalaysia menerusi aplikasi X, beberapa negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, dan serawak.

Hanya dua negeri diramal tiada hujan sepanjang hari iaitu Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdapat tiga negeri yang dijangka hujan sepanjang hari iaitu Sarawak, Sabah dan Perak.

Bagi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diramal hujan pada waktu pagi.

Ramalan cuaca pada Hari Raya Aidiladha yang dikeluarkan MetMalaysia.

Negeri pantai timur pula iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan menerima hujan pada waktu petang dan malam, Isnin ini.

Artikel Berkaitan:

Pada Jumaat, Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Datuk Mohd Aseral Jusman mengumumkan Hari Raya Aidiladha bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024, bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!