Amaran hujan lebat, ribut petir di 9 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri setakat jam 6 petang Rabu.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri setakat jam 6 petang Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 9 malam Rabu.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter per jam atau dijangka berlaku lebih satu jam.

Kenyataan itu memaklumkan, ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran sehingga jam 6 petang Rabu.

"Kawasan terlibat ialah Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak; Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Rompin di Pahang.

"Selain itu, amaran tersebut turut melibatkan kawasan Selangor (Sabak Bernam), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang), Sarawak (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song) dan Miri (Beluru dan Marudi) serta Sabah (Tawau), (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi MetMalaysia.

Orang ramai boleh melayari laman web MetMalaysia untuk mengetahui maklumat terkini mengenai cuaca.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!