Amaran hujan lebat, ribut petir di 10 negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri sehingga 9 malam ini.

Agensi itu memaklumkan, amaran tersebut melibatkan Perlis, Pulau Pinang serta beberapa daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Selain itu turut berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar; Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang); Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri sehingga 9 malam ini.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri sehingga 9 malam ini.

Beberapa kawasan di Sarawak turut terlibat iaitu Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang manakala di Sabah melibatkan Sipitang, Tenom dan Beaufort serta Sandakan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mili meter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Orang ramai boleh melayari laman web MetMalaysia www.met.gov.my untuk mengetahui maklumat terkini berkaitan cuaca.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!