Sabah FC mungkin berdepan KL Rovers tanpa dua tonggak - Kim Swee

Ong Kim Swee
Ong Kim Swee
A
A
A

SABAH FC mungkin terpaksa turun tanpa dua tonggak ketika menentang Kuala Lumpur Rovers FC (KL Rovers) dalam saingan Piala FA di Stadium Likas di sini malam esok.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee berkata, penilaian terhadap Gabriel Perez dan Darren Lok akan dibuat berikutan kedua-dua pemain itu berdepan masalah kecergasan.

Beliau berkata, sekiranya dua tonggak itu tidak dapat bermain, ia akan memberi peluang kepada pemain lain untuk menunjukkan keupayaan serta prestasi mereka sekali gus memastikan Sabah mara ke pusingan seterusnya.

"Pemain-pemain perlu buktikan mereka layak mengisi kekosongan itu. Jika gagal menunjukkan prestasi yang baik kemungkinan besar mereka akan ketinggalan dengan pemain-pemain lain.

"Saya juga akan meneliti beberapa posisi lain untuk diisi segera sekiranya kecederaan beberapa pemain utama masih berpanjangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengingatkan semua pemain supaya tidak memandang mudah cabaran KL Rovers FC, Kim Swee menuntut semua pemain bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa di samping dapat menunjukkan kualiti permainan mereka.

Beliau berkata, ini merupakan perlawanan pertama sekembalinya Sabah FC dari Jakarta, Indonesia dalam saingan RCTI Premium Sports menyaksikan pasukan itu menduduki tempat ketiga dan beliau mahu pemain mengekalkan momentum permainan dalam perlawanan esok.

"Sabah FC akan meneruskan momentum untuk memberikan peluang kepada para pemain yang beraksi di Jakarta tempoh hari untuk diturunkan namun bergantung kepada situasi perlawanan. Saya harap kita mampu memperoleh keputusan positif malam esok,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!