Kuching City tunjuk Kuala Lumpur City jalan keluar

Pemain Kuala Lumpur City FC Ryan Edward (tengah) diasak oleh pemain Kuching City FC Tchetche Hermann pada perlawanan Piala FA di Stadium Kuala Lumpur Cheras malam ini. Foto Bernama
Pemain Kuala Lumpur City FC Ryan Edward (tengah) diasak oleh pemain Kuching City FC Tchetche Hermann pada perlawanan Piala FA di Stadium Kuala Lumpur Cheras malam ini. Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] KUCHING City mencipta kejutan apabila menyingkirkan cabaran naib juara 2023 Kuala Lumpur City, 3-2 dalam perlawanan Pusingan 16 Piala FA 2024/25 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada Jumaat.

Kuala Lumpur City kendalian Miroslav Kuljanac yang tampil dengan status juara tiga edisi terlebih dulu memimpin perlawanan hasil jaringan Haqimi Azim Rosli minit ke-14.

Bagaimanapun Kuching City kembali menyamakan kedudukan menerusi Filemon Anyie Standly minit ke-26. sebelum jaringan Paulo Josue minit ke-39 memastikan The City Boys memimpin separuh masa pertama.

Separuh masa kedua The Cats kendalian Aidil Sharin Sahak kembali meningkatkan tekanan serta asakan terhadap anak buah Kuljanac bagi mencari gol penyamaan.

Hasilnya, Nur Shamie Iszuan Amin berjaya meledak jaringan minit ke-68 untuk mengikat kedudukan sebelum Zahrul Nizwan muncul wira pasukan pelawat apabila meledak gol kemenangan minit ke-123 bagi mengesahkan kemaraan ke suku akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!