Filem Perjalanan Pembuktian Cinta inspirasi kisah benar

Filem Islamik romantik, Perjalanan Pembuktian Cinta inspirasi kisah benar.
Filem Islamik romantik, Perjalanan Pembuktian Cinta inspirasi kisah benar.
A
A
A

FILEM-filem yang mengetengahkan unsur-unsur Islamik sebagai tema utama agak jarang dihasilkan oleh kebanyakan pembikin filem.

Atas dasar itu mendorong syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh untuk menghasilkan sebuah filem Islamik mengenai perkahwinan tanpa rela berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta.

Filem berkenaan diadaptasi daripada sebuah novel berdasarkan pengalaman penulis apabila dipaksa berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri.

Pengarah Urusan D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar selaku pengedar filem berkenaan berkata, pihaknya berminat membawakan filem Perjalanan Pembuktian Cinta ke Malaysia kerana ia menawarkan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik romantik.

“Dengan jalan cerita yang memberi inspirasi tentang kekuatan wanita mengharungi cabaran hidup, filem ini dijangka mampu menyentuh hati penonton dan memberi pengajaran bermakna.

Teuku Ryan menjadi tunjang penceritaan Perjalanan Pembuktian Cinta.
Teuku Ryan menjadi tunjang penceritaan Perjalanan Pembuktian Cinta.

“Tarikan filem ini terletak pada kisah benar yang diangkat, watak-watak yang menyerlah dan alur cerita yang tersusun indah. Gabungan elemen komedi dan drama dan juga latar belakang nilai keagamaan yang seimbang bakal mengadun emosi penonton.

“D’ Ayu Pictures sudah pasti menyokong kelainan filem ini kerana ia menyaksikan sebuah kisah cinta dan nilai murni agama digabungkan dengan agung yang bakal menyentuh jiwa penonton,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Perjalanan Pembuktian Cinta menceritakan tentang seorang penghafaz al-Quran, Fathia menempuh rintangan hidup apabila dipaksa berpoligami oleh ayahnya sendiri dan berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Watak utama, Fathia melalui saat sukar apabila dipaksa berpoligami dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Watak utama, Fathia melalui saat sukar apabila dipaksa berpoligami dengan lelaki yang tidak dicintainya.

Diarahkan oleh M. Amrul Ummami, filem tersebut dibintangi ramai pelakon hebat seperti Dea Annisa, Teuku Ryan, Muzakki Ramdhan, Donny Damara, Elma Theana dan ramai lagi.

Mengenai sambutan di Indonesia pula, Rosmarayu memberitahu penerimaan penonton di sana luar biasa, meskipun ditayangkan semasa bulan Ramadan.

“Respons hebat penonton Indonesia membuktikan filem ini berjaya mengusik jiwa semua lapisan masyarakat. Kini, giliran penonton Malaysia pula untuk menghayati karya seni bernilai ini,” jelasnya.

Sudah ditayangkan di Indonesia sejak 7 Mac lalu, Perjalanan Pembuktian Cinta akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 20 Jun 2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!