Taman tema Genting Highlands dilapor terbakar

Difahamkan, insiden kebakaran melibatkan bangunan empat tingkat berkenaan. - Sumber foto JBPM
Difahamkan, insiden kebakaran melibatkan bangunan empat tingkat berkenaan. - Sumber foto JBPM
A
A
A

BENTONG - Satu kebakaran dilaporkan berlaku di taman tema Genting Skyworlds (outdoor), Genting Highlands sekitar jam 4.55 petang Jumaat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Genting Highlands, kejadian dipercayai melibatkan sebuah bangunan empat tingkat di taman peranginan berkenaan.

"Jentera JBPM dari Genting Highland dan dibantu pasukan penyelamat dari Bentong dan Janda Baik sudah digerakkan ke lokasi insiden," kata jurucakap ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tiba di lokasi kejadian pada jam 5.18 petang.

Menurut kenyataan itu, empat anggota dari JBPM Genting Highland dikerah ke lokasi kejadian dan dibantu oleh 16 anggota masing-masing dari balai Bentong dan Janda Baik.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Pahang menambah, kebakaran melibatkan bangunan di tingkat dua Taman Tema itu sebelum merebak ke tingkat empat.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Terdahulu, kejadian tersebut dikongsi beberapa pengguna laman media sosial, yang dipercayai pengunjung di kawasan peranginan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, pengunjung dan kakitangan dari bangunan berdekatan telah juga diarahkan mengosongkan premis berkenaan. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!