Pendakwaan cadang tuduh mengikut akta kanak-kanak

Mohd Shuhaily.
Mohd Shuhaily.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pihak pendakwaan memutuskan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin dituduh di bawah Akta Kanak-Kanak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia selepas perbincangan mendalam dijalankan antara antara Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ dan Pejabat Peguam Negara.

"Selepas perbincangan mendalam, pihak pendakwaan memutuskan tuduhan mengikut Akta Kanak-Kanak cukup memadai pada ketika ini, ‘we are so close yet so far’,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, pihak polis membawa ibu Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

"Ia bertujuan untuk memastikan semua keterangan dan pendedahan yang diperolehi semasa siasatan boleh diguna pakai di mahkamah ketika perbicaraan," katanya.

Mohd Shuhaily turut memohon orang ramai untuk tidak lagi membuat spekulasi berhubung kes berkenaan dan membenarkan proses perbicaraan dijalankan dengan lancar bagi memberikan keadilan kepada Zayn Rayyan.

“Kes ini amat sensitif kerana ia melibatkan mangsa seorang kanak-kanak istimewa dan tertuduh pula ibu dan bapanya, saya berharap masyarakat berhenti membuat spekulasi mengenai kes ini agar keadilan kepada mangsa dapat dilaksanakan,” katanya.

@sinarharianonline

Siapakah si pelaku yang sanggup membunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin? Ia masih menjadi misteri dan teka teki buat rakyat Malaysia setelah pertuduhan melibatkan ibu bapa Zayn Rayyan adalah mengenai pengabaian dan bukannya penderaan yang menyebabkan kecederaan fizikal. Hari ini, mereka disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Berikut kronologi kes yang menjadi tumpuan sejak minggu lalu. Muzik: Veace D - Flash dari Bensound.com #SinarHarian #SinarTerkini #ZaynRayyan #IbuBapa #Mahkamah #fyp

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!